Sunday, February 27, 2011

  
TAJUK

TOKOH AGAMA

DI SEDIAKAN OLEH
FATIN HAFIZAH BINTI FAUZI
No. Matrik : 2010633404
Kumpulan : BMB2Bc
Program :
 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kepujian )
 Pengurusan Sumber Manusia

DI SEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
Pensyarah CTU 551
Tarikh Serah : 01 Mac 2011
Tarikh Bentang : 22 Februari 2011



ISI KANDUNGAN
  
1. Pendahuluan
2. Sajak
3. Pengenalan
4. Latar Belakang
5. Pendidikan
6. Kerjaya
7. Cabaran
8. Sumbangan
9. Impian
10. Harapan
11. Keistimewaan Bahasa arab
12. Penutup
 13. Rujukan



PENDAHULUAN
Alhamdulillah,  syukur kepada hadrat Ilahi dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan, kerja kursus yang telah di amanahkan oleh Ustaz Abd Aziz b. Harjin dapat di siapkan tepat pada masanya. Esei ini di tulis untuk menghargai seorang tokoh agama yang telah berjasa dalam membangunkan masyarakat Islam dan mendidik masyarakat itu sendiri. Oleh itu, saya  memilih orang yang telah memberi inspirasi kepada saya sejak kecil lagi. Malah saya sangat mengagumi dengan semangat beliau yang cekal untuk terus berjasa kepada masyarakat islam.
Saya berharap agar kisah tokoh yang saya muatkan dalam kerja kursus ini mendapat contoh dan teladan kepada generasi akan datang. Semoga mereka dapat mencontohi sikap beliau dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah.
Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada sifat saya yang serba kekurangan ini. Sekian.










Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


PENDAHULUAN

16 Mei – Saban tahun di dendangkan dengan sajak tentang guru, jasa seorang guru, dedikasi seorang guru yang gigih mengajar setiap muridnya tentang erti sebuah kehidupan, sejak itu beliau sudah menanam tekad di dalam hati, beliau juga ingin menjadi sebahagian daripada sajak itu. Seorang guru yang akan menggunakan setiap keringat yang ada untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna.

LATAR BELAKANG
Beliau yang di maksudkan adalah Siti Sarah bt Mohd Nasir. Beliau telah di lahirkan pada 08 Ogos 1984 di Selayang, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua enam orang adik beradik . Namun , kematian kakak sulungnya, Siti Aisyah pada usia dua tahun, menjadikan beliau tunggak dan menjadi kakak sulung kepada adik-adik yang berada di bawahnya.

Menurut ibunya, Rozita bt Mohamad Jaafar, anaknya adalah seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Beliau akan mendahulukan adik-adiknya yang lain sebelum memenuhi kepentingan dirinya sendiri. Selain itu, beliau adalah anak yang sentiasa patuh dan taat kepada setiap perintah ibu dan bapanya. Setiap permintaan yang di minta oleh ibu bapanya, beliau akan berusaha untuk penuhi. Adik-adiknya juga amat menyenangi kakak mereka. Bagi mereka, setiap kali mereka di timpa masalah, kakak mereka dahulu yang akan tampil ke hadapan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.



PENDIDIKAN
Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang, Port Dickson dan menyambung pelajaran beliau di Maahad Ahmadi Gemencih. Sebagai seorang pelajar, beliau adalah sorang pelajar yang sangat cemerlang dan aktif semenjak di bangku sekolah lagi. Guru-guru juga amat menyenangi beliau kerana sifatnya yang lemah lembut dan bijak itu. Maka tidak hairanlah jika beliau menjadi kepercayaan guru-guru di sekolah untuk menjadi naib penolong pengawas dan ketua asrama puteri untuk mengawasi pelajar-pelajar yang lain. Selain itu , beliau juga banyak mewakili sekolah dan  dalam aktiviti sukan bola jaring dan bola baling. Oleh kerana sifatnya yang bijak dalam berkata-kata dan minat yang mendalam pada perbahasan arab dan forum agama, beliau sentiasa dijemput menjadi ahli panel dalam forum di sekolah-sekolah lain.


Setelah tamat tingkatan lima, beliau telah menyambung ke peringkat STAM dan medapat mumtaz. Lebih membanggakan lagi, beliau adalah pelajar cemerlang STAM di Negeri Sembilan pada tahun tersebut dan mendapat peluang untuk menyambung pelajaran beliau di Jordan. Namun atas dasar masalah yang tidak dapat di elakkan, hasrat beliau untuk ke Jordan tidak tercapai dan memilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Alquran Sunnah. Di sini juga, beliau telah mengharumkan nama keluarga apabila setiap tahun mendapat anugerah dekan dan pada hari konvokesyen, beliau dapat memenangi anugerah Naib Canselor.

Setelah tamat ijazah, beliau ingin menunaikan impian beliau untuk menjadi seorang guru. Berbeza dengan rakan seangkatan beliau yang memilih untuk menjadi pegawai di pejabat mahupun pegawai bank, beliau tetap dengan cita-cita beliau yang di simpan sejak kecil, untuk menjadi seorang pendidik. Oleh itu, beliau telah mengikuti kursus perguruan selama satu tahun enam bulan di bawah Kementerian Perguruan Lepasan Ijazah anjuran jaQAF di Institut Perguruan Islam di Bangi, Selangor. Setelah tamat kursus, beliau telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Sepang, Selangor.


KERJAYA
Beliau menjadi tenaga pengajar di sekolah tersebut sebagai guru bahasa arab yang mengajar bpelajar dari darjah 1 hingga darjah 6. Di bawah jaQAF, beliau boleh mamilih sama ada untuk mengajar bahasa arab atau pendidikan islam. Akan tetapi, beliau memilih untuk mengajar bahasa arab.Minat beliau pada bahasa arab bermula sejak zaman persekolahan lagi. Pada waktu itu, seorang guru yang di terbangkan dari Mesir telah di tugaskan untuk mengajar bahasa arab. Beliau sangat mengagumi ustaz tersebut yakni Ustaz Jabbar kerana dapat bertutur dalam bahasa arab dengan fasih dan lancar. Selain daripada itu, ustaz itu sendiri telah menerapkan minat akan bahasa arab itu di kalangan pelajar dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bersyair, nasyid dan forum. Sejak daripada itu, beliau sangat berminat dalam bahasa arab dan berusaha untuk menguasai bahasa syurga ini.

Bagi beliau, tugas sebagai seorang guru adalah mudah jika di iringi dengan niat yang ikhlas dan minat yang mendalam pada kerjaya ini. Tambahan pula, minat beliau pada kanak-kanak  juga menjadikan tugas beliau sebagai tenaga pengajar sebagai sebuah tugas yang mudah. Sifat beliau yang sangat kreatif dan minat pada benda-benda seni ini juga antara penyumbang utama untuk di jadikan bahan mengajar pada pelajar. Beliau telah menggunakan bahan mengajar yang berbentuk hiburan seperti kad, mewarna gambar, dan permainan yang boleh memberangsangkan minda para pelajar. Keistimewaan beliau dalam mengajar adalah beliau akan membaca dan menyanyi setiap perkataan arab yang di ajar. Kemeudian, setiap pelajar akan turut menyanyi bersama beliau. Kaedah seperti ini telah memberikan bonus pada beliau apabila setiap pengajaran yang di ajar oleh beliau sangat mudah di fahami oleh para pelajar.  Sebagai contoh, beliau telah membuat kad yang mengandungi perkataan arab dan menggantung pada leher setiap pelajar. Kemudian, semua pelajar akan membaca sambil menyanyi perkataan arab yang telah di gantung pada leher rakan mereka.


CABARAN DAN HALANGAN
Di sebalik kerjaya beliau sebagai guru, terdapat juga cabaran dan halangan yang beliau hadapi ketika menyandang kerjaya sebagai guru. Masalah utama yang di hadapi berlaku apabila persepsi orang ramai tentang bahasa arab itu sendiri yang sangat sukar untuk di pelajari dan di fahami terutama oleh pelajar. Oleh itu, tugas beliau sebagai guru menuntut beliau untuk mengubah minda mereka agar mereka akan berfikir bahasa arab adalah bahasa yang sangat mudah dan sangat seronok untuk di pelajari. Pelbagai langkah inisiatif yang di ambil oleh beliau untuk menarik minat pelajar itu seniri untuk mengajar bahasa arab. Sebagai contoh, sebelum mengajar beliau akan menyuny=tik minat para pelajar tersebut dengan menceritakan keistimewaan bahasa arab itu sendiri, iaitu bahasa langit dan bumi dan sebagai umat islam, mereka yang akan membawa generasi akan dating kepada seorang yang berjaya di dunia namun tidak lupa juga pada ilmu akhirat itu sendiri.

Sepanjang menjadi guru, banyak kenangan yang mencuit hati beliau, tidak kira sama ada itu adalah kenangan manis mahupun kenangan pahit. Semua kenangan ini sentiasa menjadikan penyuntik semangat beliau untuk terus mengajar dan berjasa pada anak didik bangsa. Antara kenangan manis yang tidak dapat di lupakan oleh beliau apabila setiap ilmu yang di curahkan pada pelajar menjadi amalan oleh pelajar mereka.

Sebagai contoh, apabila pelajar-pelajar beliau pulang ke rumah, mereka akan memberitahu kepada ibu bapa mereka tentang apa yang mereka pelajari di sekolah. Mereka juga akan menyanyi mengikut rentak seperti yang di ajar oleh guru mereka. Kadang-kadang, sambil mandi mahupun bermain, mereka akan menyanyi perkataan arab yang mereka pelajari. Bahkan, ada jugaibu bapa yang mengaku mereka belajar perkataan arab itu daripada lagu-lagu yang anak mereka nyanyikan di rumah. Ketika itu, beliau berasa sangat puas kerana ilmu yang di ajar kepada anak murid bukan hanya di dalam kelas tetapi bersambung sehingga pelajar mereka pulang ke rumah masing-masing. Tanpa di sengajakan juga, ilmu yang di ajar oleh beliau kepada pelajar bersambung kepada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri. Alhamdulillah, ini juga adalah sebahagian daripada amal jariah. Sesungguhnya, apabila kita mati kelak, terdapat tiga amalan yang tidak akan terputus. Pertama, doa anak orang yang soleh dan solehah, kedua, sedekah atau amal jariah, dan akhir sekali, yang ketiga, ilmu yang bermanfaat.

Selain itu, terdapat juga kenangan pahit yang tidak dapat di lupakan oleh beliau. Terutama sekali pada awal pengajaran beliau. Menurut beliau, pada awal kerjaya, beliau mempunyai masalah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Hasilnya, setiap pekerjaan beliau tidak mencapai hasil yang sepatutnya dan menyusahkan pihak lain. Pernah juga beliau di tegur oleh pengetua kerana tidak melakukan kerja dengan efisien sehingga banyak kerja yang tidak dapat beliau siapkan pada waktu yang sepatutnya. Pada tahap itu, beliau terasa seperti mahu mengalah dan putus asa dengan kerjaya guru yang memerlukan banyak pengorbangn beliau. Apatah lagi, suami beliau seperti tidak menghalang niat beliau dan menyuruh beliau berehat sahaja di rumah dan menguruskan rumah tangga mereka.

Tidak lupa juga, prestasi sekolah tersebut sebagai sebuah sekolah yang cemerlang. Memandangkan sekolah tersebut mendapat tempat yang ke-69 daripada 3000 sekolah yang terbaik di Malaysia membuatkan beliau terasa memikul beban yang sangat berat untuk memastikan sekolah itu meningkat prestasinya dari semasa ke semasa.  Namun, setelah beliau fikir masak-masak, menyedari ini adalah sebahagian daripada cabaran yang perlu di hadapi oleh beliau untuk menjadi guru. Beliau bangkit dengan semangat baru dan mula mengatur langkah untuk membahagikan masa beliau sama ada sebagai guru mahupun isteri menjadi lebih teratur.

Alhamdulillah, sejak itu, kerja yang pada mulanya sangat sukar menjadi mudah sedikit demi sedikit. Bagi beliau, kata kunci yang sentiasa di pegang oleh beliau adalah jangan sesekali menangguhkan kerja, kerana setiap kali kita menangguhkan kerja yang kita mahu lakukan, lama kelamaan kerja itu akan jadi bertimbun sehingga sampai ke tahap kita tidak dapat membahagikan masa untuk melakukan kerja yang sepatutnya.


SUMBANGAN
Secara tidak langsung, kerjaya beliau sebagai guru memberi banyak sumbangan terutama kepada anak bangsa kita sendiri supaya mengenal dan mempelajari bahasa arab itu. Tidak mustahil, mungkin satu hari nanti, bahasa arab akan menjadi bahasa lingua franca dan menjadi bahasa utama yang akan dituturkan oleh satu dunia. Oleh itu, kita tidak perlu terlalu mengagungkan bahasa inggeris dan meminggirkan bahasa arab walhal bahasa ini adalah bahasa agama kita dan di gunakan di dalam pegangan seharian kita iaitu al-quran.

Selain itu, beliau juga menyertai kem iaitu lebih di kenali sebagai kem bestari mahupun kursus sebagai tenaga pengajar tetap ataupun lebih di kenali sebagai fasilitator bagi mendedahkan bahasa arab mahupun asas fardu ain kepada orang awam lain. Bukan hanya kepada pelajar beliau sahaja. Kem ini akn di jalankan 4 kali setahun. Tujuan kemini di adakan bukan hanya untuk melatih ketahanan pelajar itu, tetapi melatih mereka dalam menuntut perintah Allah untuk mengerjakan solat. Oleh itu, setiap umur akan menjalani modul yanh berlainan. Sebagai contoh, pelajar darjah 1 akan di latih untuk berwudu’ dan belajar menghafaz beberapa surah pendek. Berlainan pula untuk pelajar darjah 2 yang akan di ajar cara melakukan solat dengan betul dan seterusnya.

IMPIAN
Setelah mencapai kejayaan di tahap ini, beliau masih memasang pelbagai impian untuk di capai. Antaranya, untuk menjadi seorang pensyarah dan mengajar bahasa arab di universiti terkemuka. Sudah tiba giliran beliau untuk menghadapi cabaran mengajar golongan remaja mahupun dewasa belajar bahasa arab dan menghayati betapa indahnya bahasa syurga ini. Selain itu, beliau juga ingin memantapkan seni halus khat yang di pelajari beliau sebelum ini dan ingin membuka galeri seni khat untuk kunjungan orang ramai. Secara tidak langsung, galeri ini akan memperkenalkan dan mendedahkan ilmu seni khat kepada orang awam.


HARAPAN
Akhir kata daripada beliau agar semoga dengan pelbagai program yang di laksanakan oleh kerajaan atuapun badan bukan kerajaan untuk menerapkan minat mempelajari bahasa arab kepada orang awam dapat di laksanakan dengan jayanya dan mendapat respons yang baik daripada orang ramai. Tidak lupa juga pada anak didik beliau agar berjaya hingga ke menara gading tanpa melupakan ilmu akhirat yang telah diterapkan dalam diri mereka. Biarlah generasi yang akan datang akan menjadi generasi yang “ ProStaz “. ‘Pro’ itu adalah singkatan kepada golongan professional dan ‘Staz‘ itu adalah golongan ustaz di mana golongan yang tetap mengamalkan ajaran agama islam itu sendiri tidak kira di mana mereka berada. Walaupun mereka dalam bidang professional seperti hakim, doktor, polis ataupun guru sendiri, nilai ‘ustaz’ iaitu nilai agama yang di terapkan akan menjadi amalan hidup mereka hingga ke akhir hayat mereka. Insya-Allah. Mereka akan berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Wasalam.
Sekian.



Keistimewaan Bahasa Arab
Bahasa Arab adalah induk dari semua bahasa manusia

Pendapat ini sering dikemuka ketika kita mempelajari sejarah suatu bahasa. Analisa yang sering digunakan adalah bahawa sejak manusia pertama, Nabi Adam as, menjejakkan kaki di atas bumi, beliau sudah pandai berbicara. Ketika beliau adalah penduduk surga, di mana ada keterangan bahwa penduduk syurga adalah berbicara dalam bahasa Arab di dalam suatu riwayat, maka bahasa yang digunakan oleh Nabi Adam as itu adalah bahasa Arab. Dan tentunya anak-anak keturunan Nabi Adam as itu pun menggunakan bahasa Arab. Meski pun setelah itu jumlah mereka tambah banyak dan tersebar ke berbagai benua, menjadi jutaan bahasa yang saling berbeda.

Bahasa Arab adalah Bahasa Tertua dan Abadi

Bahasa Inggeris sekarang ini boleh dikatakan bahawa paling popular di dunia, akan tetapi tidak ada bahasa yang boleh bertahan lama di muka bumi selain bahasa Arab. Sebab sejarah membuktikan bahwa sejak zaman Ibrahim Alaihissalam di muka bumi yang hidup pada abad 19 sebelum masehi, mereka tercatat sudah menggunakan bahasa Arab. Itu menunjukkan bahasa Arab sudah digunakan oleh umat manusia sejak 40 abad yang lalu, atau 40.000 tahun. Bahkan analisa yang lebih jauh lagi menunjukkan bahwa bahasa Arab telah berusia lebih tua lagi. Kerana bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan Allah SWT untuk berfirman di dalam Al-Quran. Sementara Al-Quran itu sudah ada di sisi Allah SWT jauh sebelum awal mula diturunkan di masa Rasulullah SAW. Dan Allah SWT menjamin bahwa Al-Quran itu tidak akan lenyap hingga hari kiamat. Ertinya, bahasa Arab adalah bahasa yang paling lama sebelum adanya peradaban manusia dan akan terus berlangsung hingga akhir dunia ini.


Bahasa Arab Memiliki Jumlah Perbendaharaan Kata yang Paling Banyak
Salah satu keistimewaan bahasa Arab lainnya adalah kekayaan dalam jumlah perbendaharaan kata. Mungkin karena usianya yang sudah tua namun masih digunakan hingga hari ini, sehingga penbendaharaan kata di dalam bahasa Arab menjadi sangat besar. Sebagai contoh, salah satu peneliti bahasa Arab mengemukakan bahwa orang Arab punya 80 sinonim untuk kata yang bermakna unta. Dan punya 200 sinonim untuk kata yang bermakna anjing.



Pengaruh ke atas bahasa lain

PENGARUH dan sumbangan bahasa Arab terhadap bahasa asing menakjubkan pengkaji sejarah. Ia bukan hanya memperkayakan perbendaharaan kata, struktur atau aliran pemikiran bahkan kadang-kadang dapat menggantikan kedudukan bahasa tempatan.

Semenjak abad ke-4, bahasa Arab telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa kebudayaan. Pada abad ke-13 hingga abad ke-14, bermula penterjemahan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.
Sebenarnya, perkembangan bahasa Arab juga berlaku melalui proses pertembungan (akulturasi) budaya Islam dengan budaya Eropah seperti ketika berlakunya Perang Salib. Kesannya, bahasa Arab telah dapat memperkayakan perbendaharaan kata pelbagai bahasa utama di dunia sekarang ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol.

Menurut pengkaji bahasa, terdapat kira-kira 2,000 perkataan dalam bahasa-bahasa di negara Eropah berasal daripada bahasa Arab. Daripada jumlah tersebut terdapat antara 400 hingga 500 perkataan tersebut masih digunakan dalam komunikasi harian pada hari ini.
Satu kajian lain pula berjaya mengumpulkan 400 kata pinjaman Arab yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris berdasarkan Random House Dictionary of the English Language, Webster’s Third New International Dictionary dan Shorter Oxford English Dictionary.

Antara bahasa di benua Eropah yang paling banyak menerima pengaruh perbendaharaan kata bahasa Arab ialah bahasa Sepanyol. Ini mungkin disebabkan Islam pernah menguasai negara itu selama kira-kira 800 tahun.
Selain Eropah, perkembangan perbendaharaan kata bahasa Arab terus meluas sehingga ke Asia Timur dan kebanyakan negara Afrika.

Kedatangannya ke kawasan-kawasan tersebut telah mempengaruhi perbendaharaan kata bahasa tempatan sehingga ia dapat mengambil alih kedudukan bahasa tempatan seperti bahasa Aramit, bahasa Kaldanit, bahasa Himyar, bahasa Qibti dan bahasa Suryani di kawasan Asia Barat.

Berdasarkan perbincangan di atas, secara umumnya bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa terawal manusia yang masih digunakan sehingga sekarang. Pengaruhnya terhadap bahasa-bahasa lain adalah besar dan dapat dilihat pada perbendaharaan kata yang digunakan dalam bahasa-bahasa lain di seluruh dunia.




PENUTUP

Akhir kata, kita seharusnya menghargai setiap pengorbanan dan ilmu yang telah di curahkan oleh guru kita sepanjang  berada bersama mereka. Mereka umpama ibu bapa yang mendidik kita tanpa jemu tidak kira susah mahupun senang. Oleh itu, kita harus menghormati mereka. Tanpa mereka, kita mungkin tidak akan berada di tahap ini.
Tidak mungkin seorang pemimpin dapat memimpin jika tanpa guru yang mendidik mereka. Tidak mungkin seorang doktor dapat merawat pesakit jika seorng guru tidak mencurahkan ilmu kepada pelajarnya. Dan tidak mungkin seorang pelajar universiti berjaya hingga ke menara gading jika tiada guru yang berada di belakangnya.
Selain itu, kita juga perlu mempelajari dan menerapkan bahasa arab dalam kehidupan seharian kita. Bahasa arab merupakan salah satu bahasa yang sangat penting kerana ia digunakan sebagai bahasa di langit mahupun di bumi. Siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa arab kalau bukan umat islam itu sendiri. Oleh itu, sama-sama kita memikul tanggungjawab untuk mempelajari bahasa syurga ini.
Sekian.




RUJUKAN
TEMUBUAL
1. Siti Sarah bt. Mohd Nasir ( 2011 ) Sepang, Selangor.
2. Roszita bt. Mohd Jaafar ( 2011 ) Sepang, Selangor.

LAMAN WEB
1. Ustaz Abd Aziz b. Harjin, ( 2011 )



GAMBAR
Gambar beliau, Siti Sarah bt Md Nasir bersama suami tercinta.

Gambar beliau bersama anaknya ketika majlis cukur jambul.